Thursday, May 25, 2017







Salam Bebas Asap Rokok !!! 

            Pada tanggal 13 Mei 2017, sebuah program Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 Peringkat Negeri Pulau Pinang Bersama Program Nafas Baru Ramadhan 2017 telah diadakan di Design Village Outlet Mall, Bandar Cassia, Pulau Pinang.
            Program ini bertemakan Amalan Merokok-Ancaman Kepada Generasi Masa Depan Negara dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr Sukumar Mahesan, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
            Bahagian Pergigian Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat dalam program ini kerana tabiat merokok ini banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan oral. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran kesihatan pergigian dan pemeriksaan pergigian percuma. Beberapa staf pergigian dari daerah Seberang Perai Selatan telah terlibat dalam menjayakan program ini.
            Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan bagi menyelamatkan generasi peneraju masa depan negara daripada tabiat merokok yang membunuh!

KATAKAN TAK NAK PADA MEROKOK! SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH!

Monday, May 22, 2017



ADAKAH ANDA MENGAMALKAN FLOS GIGI?





Selain daripada memberus gigi, flos gigi juga penting bagi memastikan gigi bebas daripada sisa-sisa makanan yang boleh mengakibatkan pembentukan karies gigi. Ini kerana sisa-sisa makanan yang berada di celah-celah gigi yang rapat tidak dapat dicapai dengan memberus gigi.

SAYANGI GIGI ANDA!