Sunday, January 15, 2017

Pertandingan Promosi Imej 2016

Tahun 2016 akhirnya melabuhkan tirainya. Mari kita mulakan tahun 2017 dengan satu semangat baru untuk memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian di Malaysia ini semakin maju dan mesra pelanggan.
Pada 21hb Disember 2016, telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Promosi Imej 2016 bagi peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Pejabat TPKNG Pulau Pinang. Majlis yang disempurnakan oleh Dr Naziah binti Azli, selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Pulau Pinang ini telah menobatkan pemenang Pertandingan Klinik Pergigian Terbaik 2016 seperti berikut :
Johan : Klinik Pergigian Bandar Baru Air Itam, Daerah Timur Laut
Naib Johan : Klinik Pergigian Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah
Ketiga : Klinik Pergigian Bayan Baru, Daerah Barat Daya



                                         



Terdapat banyak penambahbaikan yang boleh dicontohi oleh klinik-klinik pergigian lain bagi memastikan perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan selari dgn visi KKM, 
Kami Sedia Membantu!




1) KP Bandar Baru Air Itam : Inisiatif klinik melantik pegawai khidmat pelanggan dan pegawai jurubahasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan



2) KP Bandar Baru Air Itam : Kaunter pendaftaran yang kemas dan mempunyai kotak pembahagian pendaftaran mengikut kategori (temujanji, OKU, warga tua, ibu mengandung dan pesara)

3) KP Bandar Baru Air Itam : Pembersihan pra pensterilan dibahagikan mengikut bilik rawatan bagi memudahkan identifikasi.





4) KP Bayan Baru : Kotak bagi meletakkan barang peribadi pesakit semasa rawatan diletakkan disudut bilik rawatan





5) KP Seberang Jaya : Usaha menghasilkan sendiri video promosi kesihatan pergigian untuk dipamerkan di TV diruang menunggu haruslah dipuji

Kagum dengan inisiatif klinik yang berkenaan atas segala usaha demi memastikan perkhidmatan yang bermutu dan diberikan kepada pelanggan. 
Tahniah diucapkan!
Diharapkan segala penambahbaikan ini dapat dicontohi oleh semua klinik pergigian di Malaysia bersempena dengan tahun baru 2017 yang baru sahaja membuka tirai.

Untuk mendapatkan maklumat dan gambar yang lebih terperinci berkenaan Pertandingan Promosi Imej ini, bolehlah lawati Facebook kami. 



No comments:

Post a Comment