Tuesday, January 23, 2018

  Blog Daerah Barat Daya Disember 2017
Aktiviti KOSPEN Plus Pergigian Daerah Barat Daya
Coretan Melissa Y.
Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN)  PLUS di daerah Barat Daya telah bermula pada 2hb Ogos 2017 apabila saya, Dr Melissa bersama Dr Manisathana dan Ketua Jururawat Pergigian  (KJP) Pn Sarimah terpilih bagi menghadiri kursus tersebut anjuran JKN Pulau Pinang.
Susulan daripada itu, kami telah menganjurkan beberapa sesi kursus untuk pendedahan tentang KOSPEN PLUS bagi semua personel Barat Daya. Antaranya adalah ceramah  1) Latar Belakang KOSPEN PLUS dan peranan sukarelawan KOSPEN PLUS oleh saya, 2) Skop 3: Hidup yang aktif & Skop 4 : Pengurusan Berat Badan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi En Shahrulazeem Bin Hanifah dan Pn Mehkala A/P Ramachandran, 3) Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Skop 2: Amalan Tidak Merokok & Skop 8: Cegah Kemudaratan Alkohol oleh Pegawai Perubatan Dr Agilan Marathan dan Dr Doris, 4) Skop 6: Minda Sihat & Skop 7: Persekitaran Tempat Kerja Sihat oleh Pegawai Permulihan Cara Kerja En Mohamad Nor Lizan Bin Mohamed dan Pn Isma Hanis Binti Abd Ghafar dan 5) Skop 1: Amalan Pemakanan Sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan Pn Nurliyana Saidin.
Saringan kesihatan untuk setiap staf pergigian darah Barat Daya telah dijalankan. Dari saringan yang telah dijalankan itu, rumusan berikut telah diperolehi: 48 daripada 105 orang mempunyai BMI lebih daripada 25, dan 9 orang daripadanya adalah obese (≥35). Manakala seramai 6 orang telah didapati mempunyai tekanan darah ≥140/90. 33% iaitu 35 daripada 105 yang disaring mempunyai RBS≥ 5.6 mmol/L. Manakala, staf yang merokok adalah berjumlah 7 orang. Dalam saringan Minda Sihat pula, dilaporkan seramai 48 orang didapati “stress, anxiety, depression” dari tahap ringan sehinggalah sangat teruk.
Ekoran daripada itu, pelbagai aktiviti susulan dilaksanakan untuk menangani masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah Penyajian Hidangan Sihat, Program Pengurusan Berat Badan dan aktiviti fizikal berjadual, ceramah berhenti merokok, CDE Latihan Kemahiran Daya Tindak serta CDE Minda Sihat.
Dengan adanya perlaksanaan aktiviti KOSPEN Plus, diharapkan ianya dapat menurunkan prevalens penyakit NCD dan faktor risikonya di kalangan pekerja melalui pemerkasaan majikan dan pekerja serta membentuk warga kerja sihat dan produktif melalui penerapan polisi kesihatan, pewujudan persekitaran yang menjurus kepada pembudayaan amalan gaya hidup sihat.
Perasmian kursus KOSPEN PLUS Daerah Barat Daya oleh Pegawai Pergigian Daerah, Dr Normala Bt Awang.

Penjelasan tentang Suku-Suku Separuh untuk makanan secara sihat oleh Pn Liyana Binti Saidin, Pegawai Sains Pemakanan.

Staf turut mengikuti sesi aktiviti fizikal di bawah pimpinan En Shahrulazeem dan Pn Mehkala semasa kursus

Ukuran tinggi dan berat badan ditimbang dan “Body Mass Index” (BMI) telah dikira.

Darah diambil untuk mengetahui kandungan gula dalam darah

Tekanan darah turut diambil

Penyajian Hidangan Sihat telah mula dilaksanakan iaitu 1) ‘tagging’ kandungan kalori disediakan bagi makanan dan minuman yang dihidang,2) air kosong turut disediakan, 3) gula/susu diasingkan daripada kopi/teh, 4) buah-buahan disediakan, 5) makanan yang dihidangkan mengandungi hidangan sayur-sayuran untuk waktu hidangan utama.

Program Pengurusan Berat Badan dan Aktiviti fizikal berjadual telah bermula setiap petang hari Jumaat.

Staf yang didapati merokok telah dijemput menyertai Kursus Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK). dan mendengar ceramah dari Klinik Berhenti Merokok dari Klinik Kesihatan Bayan Baru Dr. Lim Choon Sern dan En. Albron Tommy. Mereka disarankan untuk berdaftar dan mengikuti program Klinik Berhenti Merokok di klinik yang berhampiran.

Pn Rozilawati  Pegawai Kaunseling dari JKN Mara   telah berkongsi ilmu tentang berfikiran  positif &  teknik penyelesaian masalah, menangai stress 10B, kemahiran asertif, kawal marah & pengurusan masa serta komunikasi personel berkesan dalam CDE Latihan Kemahiran Daya Tindak.

Occupational Therapist dari  Klinik Kesihatan Bayan Lepas En. Mohamad Nor Lizan Bin Mohamed telah mengajar peserta CDE Minda Sihat tentang Teknik relaksasi seperti Latihan Pernafasan, Senaman dan Urutan Bahu & Leher serta Terapi Muzik.







 
 

No comments:

Post a Comment